Tuesday, September 9, 2014

Aku mahukan aura positif!

Semua mende kau nk post dkt Facebook. Org nak taknak, kene bace 'update status' kau tu. Unless org tu kene hide semua update status kau. Bila dah keterlaluan, org menyampah dgn status kau yg x seberapa bijak tu. Yang kau rasa bijak.

Kau kata kau x suka heboh2 perkara tentang diri kau. Baget kau 'humble', tp kau heboh segala mende pasal diri kau dkt facebook.

Kau kata kau x suka tgk org poyo2 di FB, hakikatnya aku baca status FB kau yg kau tag aku...aku yang malu sbb 'poyo' nya kau.
Habis bagus, aku 'likes' jela utk jaga hati kau.

Kau kata kau org baik2, dan kau ingat segala kebaikan kau buat, org lain x kenang. Masalahnya, semua benda perpunca dari kau. Kerana kau pikir ''orang tak kenang kebaikan kau tu''...itukan negative thaught. Org lain x pikir apa2 pun.

Kau kata org jahat, bila buat kejahatan sekali. selama2 nya orang takkan ingat kebaikan yg org jahat tu pernah buat. Baget kau tu Tuhan. nk ukur2 kebaikan dan kejahatan orang lain?
Tuhan mengukur tahap KEIKHLASAN org tu buat kebaikan.

Jika kebaikan yang kau buat, kau mengungkit/ komplen semula.. sama ja kau x pernah buat apa2. Deal right? Jahat or baik itu atas diri kau. Kau jgn pikir org lain.

Mana kau tahu, sapa lagi baik..org yg kau pikir jahat tu ka, ke kau lagi teruk? Kau tgk la pandangan Allah, jgn tgk pandangan kau saja.. Syurga Neraka takde sape boleh tetapkan die kemana nanti. Yang penting sama2 usaha utk ke Syurga.

Kau bergaul dgn org, ada aja org lain x kena. Kadang2, aku rimas dgn ngomelan kau yg asyik 'org lain yg salah'. Pernahkah kau pikir 'org lain' tu lagi bagus dari kau.
Yang peliknya, bila aku bergaul dgn org lain, ok aja. Aku rasa kau kurang senyum, muka kau garang dan suka mendengus. Secara otomatik negative dtg dkt kau.

Kau terlalu banyak negative, menyebabkan aku baca buku Prof. Muhaya utk jadi positive hilang begitu aja. Aku terpengaruh dgn aura negative kau.

Aku cuba bantu kau dari segi kewangan, bulan pertama aku dpt gaji. Itu gaji pertama aku..Aku beri kau RM500. Utk bantu apa2 yg patut. Kau nk lebih, kata "RM500 tu kecil.." Kau ingat aku gaji sama macam kau yg dah bertahun bekerja. Itu ja aku mampu.
Nanti la insyaAllah, next month aku 'up' kan sikit...

Kau kata kau selalu sakit, kena ambil supplement lah, pergi doktor la, pergi bersukan lah untuk sihat. Tapi kau x rawat minda kau yang negatif tu. Sama ja effect nya.

Kau kata kau kene makan awal, kau makan jelah awal..Aku mmg balik lambat, aku cuba balik awal..tu ja yg aku mampu..

Kau kata taknak masak utk aku, aku kata 'ok' jela. Aku x pernah 'request' utk kau masak utk aku. Kalau kau x masak, aku x terasa hati..Aku masak jela, kalau aku lapar..semua benda simple ja. Yang kau pikir complicated sgt tu kenapa...

Pastu, kau terasa hati. bila aku x nampak daging kau masak dalam tupperware. Aku masak jelah telur, sbb aku x perasan daging tuh. takkan makan nasik sahaja.

Aku dah confuse. Aku pikir, aku nk simpan semula. Sbb daging tu boleh je makan lg lps ni. Bila aku nak simpan, kau terasa hati...Kata, penat kau masak, aku x makan.

Bila 'anak angkat' kau menangis...Kau mendengus..Kau ingat aku suka dengar?

Yes, aku terasa dengan dengusan kau yg x ikhlas jaga anak tu.

Kau ingat aku ni Nabi. Aku kena bersabar segala kerenah kau. Kau nk perhatian ape ha? Umur kau tu dah menjangkau tahap anak 4 org. Yes, aku meletup. Sebab aku dah la penat balik kerja, pastu kau tambah kata2 kau yg panas tu...Kata2 aku, ''ok'', ''ya'', ''oh, x perasan''...tu pun kau nk terasa?

Aku dah lupa segala ingatan 'Astaghfirullah hal adzim'. Syaitan bermaharaja lela disebabkan kata2 kau yang panas dan tambah lagi aku yg tgh penat tahap gaban.

Pastu, kalau kau terasa hati dgn aku...Kau post la status FB kau yg kau rasa macam bijak sgt tu. Dan kau report mak bapak kau yang aku ni x kenang di untung. Mmg aku tulis ni, sbb aku dgr sendiri dr mulut mereka.

Adakala nya aku jadi 'jahat', sbb aku terpinggir. Disebabkan asyik aku je yg mengalah dan bersabar, dan aku je kena marah, aku je yg salah...Sampai dlu, satu tahap, aku takut melakukan kesalahan....Aku rasa aku tiada family, pada fizikal nya aku ada family. Dari aku umur 14 tahun sehingga aku umur 27 tahun, aku rasa sebegini.

Dulu aku pikir bagai org tiada tuhan dan nabi, aku lakukan kejahatan yg kau rasa kau x leh nak ampunkan. Siapa kau? Tp, skrg aku kuat kerana Allah. Journey aku bukan di dunia semata2, tp di akhirat.

Walaupun gaji ku kecik, tp aku bahagia je dgn cara ini. Aku jd x bahagia, bila ada org cuba sembur2 aura negatif dkt aku..

Malam tadi, Allah menjemput aku buat solat tahajut, tp aku bangun 'blur' sorg2 dan aku TIDUR semula...Aku harap ada peluang lagi...Kenapa la aku 'blur' sgt?, bila bgn subuh baru aku sedar..

Allah sentiasa bersama aku tiap kali ku susah. Aku rasa, tiap perbuatan kita biar la ikhlas, tak kira kau pernah jd jahat laknatullah dlu. Kerana ke'ikhlasan' tu yg Allah pandang. Erti kata lain, kau jgn mengungkit, jgn komplen, jgn pikir org lain lg elok Allah beri dari kau.....Semua ada bahagian masing2, bersyukurlah..

Kalau nk cerita pasal kau yang x seberapa positif tu...terlalu byk.  Aku si pendengar, penat dengar celoteh tu. Lama2 aku yg gila, bukan kau.

Kau x puas hati, tu kau punya pasal. Apa yang aku nk buat, aku buat, asalkan agama menghalalkannya. Kau ingat aku jd pudar sbb kau. Maybe, bertambah kebal sebab kau. Ok, bye.